..c0oking is my s0uL..

..c0oking is my s0uL..
c0me j0in me deaR

Wednesday, February 3, 2010

..mascarpone strawberry cakes..

Ingredients

5 sudu besar tepung
4 sudu besar gula
3 biji telur
2 sudu besar minyak
1 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk penaik
500g Strawberry
200g. keju Mascarpone
200ml krim segar
4 sudu besar gula
sedikit esen vanilla
sedikit kacang pistachios.

Directions

1.Pukul telur dan gula hingga kembang.
2. Masukkan minyak dan cuka kacau lagi.
3. Masukkan pula tepung dan serbuk penaik, kacau lagi hingga rata.
4.Tuang adunan kedalam tin pembakar yang dialas dengan kertas kalis minyak.
5. Bakar dalam ketuhar 180° lebih kurang 20 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan.
6. Sementara itu bersihkan Strawberry, belah 2.
7. Campurkan Mascarpone dan gula, kacau rata rata.
8. Pukul krim segar hingga kembang dan masukkan kedalam campuran Mascarpone tadi dan kacau rata rata.
9. Tuang dan sapukan rata bahan krim keju ke atas kek.susunkan Strawberry keatasnya dan taburkan dengan sedikit kacang pistachios...
10. Biarkan seketika di dalam peti sejuk sebelum dipotong untuk di hidang.
11. Hidang bersama teh o panas atau kopi o panas atau apa sahaja yang panas panas..mesti yummy sedap...(this was my this year bithday cake hehehe)

No comments:

Post a Comment